Kes H1N1 ni memang tak selesai lagi.
Jiran aku kat sebelah rumah cakap kat kuantan ni teruk jugak incident dia. tapi takleh heboh2 nanti orang panic. Dia driver ambulance kat KMC.
Mungkin elok kita jauhkan diri skit dari direct contact ngan pelancong asing. Bukan nak sangka buruk ngan diorang, tapi langkah berjaga2.
Ada 2 sebab kenapa orang takut kat H1N1.
1. takut diri sendiri terkena
2. takut orang lain terkena (untuk pesakit H1N1 yang prihatin buat kuarantin rumah)
Boleh jugak kita kata orang takut kena H1N1 sebab kasih sayang. Dia sayangkan diri sendiri(takut mati) dan sayangkan orang lain.
Tapi sayang, ada penyakit yang lagi bahaya dari H1N1 tapi takde orang(tak ramai) yang nak ambik peduli.
Itulah dia penyakit hati. Boleh jugak dipanggil penyakit iman dan amal.
Biar betul, lagi bahaya dari H1N1?
BETUL. Sebab dia senang je. Orang yang kena H1N1 ni akibat paling teruk pun dia akan mati je, lepas mati dah xde apa2. Takde orang yang dibangkitkan hari kiamat nanti dengan penyakit H1N1 (setakat yang aku tahu), dan H1N1 tu pun sebenarnya ujian dari Allah, yang boleh menghapuskan dosa (which is good for life in hereafter).
Tapi kalau penyakit iman ni, lepas mati nanti baru boleh nampak akibat dia yang sebenar. Akibatnya nanti orang yang kena penyakit ni akan susah sesusah susahnya susah. Susah kat kubur, susah kat mahsyar, susah kat titan sirat dan memang susah kat neraka.
Tapi malangnya penyakit iman ni tak berapa nampak kat dunia, jadi orang ingat masalah ni kecik je, selalu lupa dan tak takut pun. Tak ramai yang nak dapatkan rawatan, dan tak ramai yang nak bagi rawatan. Sama macam stadi kot, dah terasa bahang exam depan mata, baru stadi siang malam.
Bayangkan sorang emak tu, anak dia kena H1N1. Mesti dia panik, cepat2 nak bawak anak pergi hospital, dapatkan rawatan yang paling baik, takpelah habis duit pun, asalkan anak sihat. Tapi kenapa emak yang sama, tak risau anak dia tak solat. Padahal akibat tak jaga solat wajib ni, anak yang dia sayangkan tu berpeluang untuk dibakar dalam api neraka. Ini cuma satu contoh.
Kenapa ramai doktor muslim ambik berat kat pesakit non-muslim yang kena H1N1, tapi tak risaukan pesakit dia ni tak kenal Pencipta dia yang sebenar. Kan akibat mati tanpa kalimah syahadah ni tempat dia di neraka selama2nya. Macamtu jugak dengan jiran2 yang ramai lagi belum kenal Kalimah syahadah. Diorang akan tuduh kita kat akhirat nanti sebab tak pernah ajak diorang masuk islam.
Kenapa kita tak risaukan diri kita dan kawan2 di sekeliling kita yang terdedah kepada api neraka Allah Taala, tak risau pun untuk selamatkan diri. Padahal kalau kita tau ada orang tu kena H1N1, cepat2 kita lari selamatkan diri.
Dunia sementara, akhirat kekal selama2nya. Orang yang selamat dari penyakit iman ni akan bersenang lenang dalam syurga Allah Taala selama2nya, dengan semua yang dia nak akan tercapai.
Nasihat ni khusus untuk diri aku, sebab aku orang yang paling perlukan nasihat.